Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 politik yang stabil adalah penting untuk memastikan Malaysia telah bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi semasa.
Keadaan politik yang tidak menentu bersama kejatuhan ekonomi semasa penularan wabak Covid-19 telah memberi tekanan kuat kepada keseluruhan ekosistem ekonomi.
Tabir urus yang cekap, berpengalaman dan stabil dengan dasar yang berkesan sudah tentu dapat mengawal kadar inflasi serta dasar yang menyokong pasaran buruh akan dapat meningkatkan purata upah dan gaji pekerja untuk tempoh lima tahun akan datang pada tahap yang lebih baik.
Difahamkan ekonomi semasa mulai berkembang, apakah ianya menjana pendapatan sejajar dengan perkembangan ekonomi?
Adalah menjadi satu cabaran untuk menstruktur kembali ekonomi, di mana fokusnya untuk melonjakkan ekonomi negara dalam sektor bernilai tinggi yang boleh menjana pendapatan dan selanjutnya menyelamatkan kuasa beli pengguna yang boleh meransang semula semangat enterprising dikalangan usahawan.
Membuat dasar dan membina ekosistem adalah usaha yang perlu diperkukuh dan digerakkan secara kolektif bagi meluaskan impak positif perniagaan serta menjamin peluang ekonomi kepada komuniti setempat.