𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 & 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐅𝐈𝐊

Memelihara amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab maka hendaklah ditunaikan dengan sebaik–baik mungkin dan tidak menyalahgunakannya sama sekali.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Memelihara amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab maka hendaklah ditunaikan dengan sebaik–baik mungkin dan tidak menyalahgunakannya sama sekali.

Kita diseru agar mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat kita bekerja, mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.

Segala tuntutan kerja akan dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab dan dedikasi malah kita akan dihormati dan dikenali sebagai Muslim yang baik dan menjadi contoh kepada masyarakat termasuk kepada orang bukan Islam.
Hayatilah nilai amanah Rasulullah s.a.w yang boleh menjadi teladan terbaik dalam kehidupan kita. Nabi s.a.w. yang memulakan perniagaan bersama-sama dengan bapa saudaranya tetapi dalam tempoh masa yang singkat, disebabkan kejujuran dan keadilannya, baginda terkenal di kalangan penduduk Quraisy Makkah sebagai seorang yang sangat jujur lagi amanah sehingga digelar al-Amin (orang yang jujur) dan al-Siddiq (orang yang benar).
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐚𝐥 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟑 / 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇