𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈

Ketiadaan sumber manusia dalam sesebuah organisasi itu tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendiri tanpa adanya tenaga pekerja. Dalam sesebuah organisasi kepentingan sumber manusia adalah sangat kritikal kerana ia merupakan kunci utama kepada kemampanan produktiviti perniagaan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
𝐔𝐌𝐔𝐌𝐍𝐘𝐀 menyetujui bahawa tenaga kerja merupakan sumber dan aset utama dalam menggerakkan perniagaan. Walaupun dunia kini telah maju kehadapan dengan teknologi canggih, namun ianya masih memerlukan sumber manusia.

Ketiadaan sumber manusia dalam sesebuah organisasi itu tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendiri tanpa adanya tenaga pekerja. Dalam sesebuah organisasi kepentingan sumber manusia adalah sangat kritikal kerana ia merupakan kunci utama kepada kemampanan produktiviti perniagaan.

Tidak dinafikan bahawa masalah pusing ganti pekerja memang akan merugikan sesebuah organisasi. Perubahan ini akan melibatkan perbelanjaan pengambilan pekerja baru, kos melatih, kerosakan peralatan, kehilangan dan kemerosotan produktiviti dan kemungkinan besar boleh berlaku isu disiplin serta prestasi kerja yang perlu dipantau semula.