𝐒𝐈𝐊𝐀𝐏 𝐋𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀

𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 kewangan perniagaan faktor penting untuk menjadi usahawan berjaya, tidak kira apa juga cabang perniagaan yang diceburi.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 kewangan perniagaan faktor penting untuk menjadi usahawan berjaya, tidak kira apa juga cabang perniagaan yang diceburi.

Faktor produk atau servis berkualiti, percaturan perniagaan yang betul dan bijak mencari serta meneroka antara elemen penting. Namun ia tidak akan berjaya sekiranya tanpa disiplin dan sikap positif usahawan itu sendiri.

Budaya menabung dalam kalangan usahawan masih rendah sebab sebahagian mereka meletakkan harapan tinggi jualan perniagaan sentiasa ada dan meningkat serta lebih banyak berbelanja untuk hal peribadi atau perbelanjaan yang tidak berkepentingan untuk perniagaan.

Jadi, stigma ini secara langsung mendorong usahawan untuk tidak menjadikan budaya menabung sebagai perkara penting terutama persediaan apabila berlaku situasi luar jangka.