𝐌𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐎𝐋𝐄𝐑𝐀𝐍𝐒𝐈

Majikan kini perlu mengambil perhatian yang serius untuk memilih pekerja yang berkomitmen tinggi agar dapat melahirkan tenaga kerja yang kompeten dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

𝐓𝐄𝐑𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 pekerja dalam sesebuah organisasi yang boleh dianggap sebagai pekerja bermasalah. Walaubagaimanapun, isu mereka perlu ditangani dengan berhati-hati kerana kegagalan berbuat demikian akan meninggalkan impak yang bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi pekerja berkenaan tetapi juga secara amnya motivasi dan prestasi pekerja lain.

Masalah yang dipersepsikan sebagai kurang serius dikenakan tindakan yang agak ringan, manakala musalah yang dipersepsikan sebagai berat, mendapat tindakan lebih berat. Secara amnya, setiap tindakan pengurus terhadap pekerja bermasalah membawa kesan yang positif bagi keseluruhan prestasi jabatan. Namun begitu, dalam konteks prestasi dan komitmen pekerja, tindakan berkenaan masih tidak menunjukkan hubungan yang signifikan.

Prestasi kerja teruk, tidak mampu bekerja dengan baik dalam kumpulan, tidak responsif terhadap tunjuk ajar, sukar melakukan perubahan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab antara masalah yang sering dihadapi majikan. Sikap terlalu bertoleransi oleh majikan lebih menjurus kepada berlakunya masalah tersebut secara berterusan.