𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒!

Pengurusan risiko perniagaan yang lemah sering membawa kepada kehilangan daya saing akibat kegagalan perniagaan dan sebaliknya, ia meningkatkan kemampanan perniagaan apabila risiko diuruskan dengan lebih berkesan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Iklim perniagaan kini dilihat semakin bergantung kepada ledakan perkembangan teknologi manakala pengurusan risiko adalah menjadi paksi utama dalam segala bentuk urusniaga.
Pengurusan risiko adalah ciri penting keusahawanan serta dalam pembangunan perniagaan.

Pengurusan risiko perniagaan yang lemah sering membawa kepada kehilangan daya saing akibat kegagalan perniagaan dan sebaliknya, ia meningkatkan kemampanan perniagaan apabila risiko diuruskan dengan lebih berkesan.

Persekitaran dinamik dapat mempercepatkan perangkaan strategi untuk memberi saingan terhadap pesaing. Selain itu, kerjasama antara satu perniagan ke perniagaan yang lain akan memberi impak yang positif dan lebih efisien.
Tetapi harus diingatkan jalinan kerjasama antara usahawan harus berteraskan kepada keberhasilan transaksi dan tanggungjawab professional tidak hanya berkomunikasi yang mengkhayalkan sehingga bercabang maksud serta meletakkan sesuatu target tanpa mengambilkira faktor persekitaran ekonomi semasa.