Mesyuarat merupakan satu peristiwa yang terdiri daripada manusia, kandungan dan proses untuk sesuatu tujuan. Sememangnya diakui oleh umum bahawa mesyuarat diperlukan untuk menyelaras usaha individu, berganding bahu dalam projek tertentu, menjana pelbagai idea, menjual idea, menyelesaikan masalah secara kolektif, dan memutuskan keputusan berdasarkan persetujuan ramai dan bukannya mengikut kehendak personal walaupun adakalanya melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi.
Jika mesyuarat tidak dirancang dengan teliti dan dilaksanakan sambil lewa, sudah tentu mesyuarat akan dipandang sebagai sesuatu yang negatif disebabkan faedah yang diperoleh amat sedikit atau langsung tiada faedahnya tambahan pula ahli mesyuarat tersebut terdiri daripada individu yang hanya pandai bercakap sahaja.