Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
𝐄𝐋𝐀𝐊 𝐏𝐔𝐓𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐓𝐀 usahawan yang disajikan janji manis dan berkiblatkan impian yang menjutakan pendapatan dalam tempoh singkat sangatlah luar biasa.
Terpengaruh dengan kolaborasi tanpa menyemak latar belakang usahawan lain sangatlah berisiko yang kononnya impian ini sudah dicapai dan memungkin keyakinan tinggi dengan pelaburan yang sudah tentu ditanggung oleh usahawan itu sendiri.
Bermodalkan strategi berbagai impian yang dibawa oleh individu yang tidak bertanggungjawab dapat menarik minat usahawan yang terlalu fanatik dengan perluasan pasaran perniagaan tanpa melihat kemampuan semasa.
Setiap keputusan yang dibuat mesti berpandukan tatakelakuan yang lebih telus. Melihat sesuatu yang nampak tidak betul, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bertanya soalan dan mengemukakan kebimbangan. Menjalani kehidupan dan perniagaan yang berdisiplin merupakan asas kepada kejayaan yang berterusan.
Merancang pelan perniagaan anda bersama pasukan yang telus dan berproduktiviti akan mewajarkan kepada komitmen berintegriti.