Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 kita kepada orang lain tanpa kita ketahui latar belakangnya dengan lebih telus adalah sangat berisiko kepada perniagaan yang kita bina. Lebih teruk lagi jika lantikan individu tersebut tidak memberi sebarang manfaat perniagaan sepertimana yang dijanjikan.
Ianya mestilah mempunyai tujuan dan produktiviti yang lebih jelas dan terbukti berdasarkan rekod pengalaman sebelumnya. Perniagaan adalah aset usahawan itu sendiri yang dibina sejak dari awal lagi, namun harus diingatkan bahawa masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap kepentingan peribadinya ke atas perniagaan usahawan lain.
Tidak salah untuk berkolaborasi namun harus berhati-hati dalam memilih individu yang betul-betul mempunyai rekod kejayaannya sebelum ini dan tidak ada sebarang konflik masa lalu yang boleh mencurigakan.
Untuk kepasaran yang lebih terbuka kita perlu mencari pasukan yang lebih berintegriti dan bersikap profesional sebagai tunjang kepada kesinambungan perniagaan. Mencari formula kerjasama strategik untuk mengintai pasaran luar adalah sangat memerlukan kebijaksanaan pasukan berintegriti.