𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐔𝐓

Jika mesyuarat tidak dirancang dengan teliti dan dilaksanakan sambil lewa, sudah tentu mesyuarat akan dipandang sebagai sesuatu yang negatif disebabkan faedah yang diperoleh amat sedikit atau langsung tiada faedahnya tambahan pula ahli mesyuarat tersebut terdiri daripada individu yang hanya pandai bercakap sahaja.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐊𝐇𝐀𝐘𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 di dalam sesebuah organisasi kebiasaannya mesyuarat kelihatan terlalu lama untuk sesetengah ahli mesyuarat, tidak dirancang dengan baik bagi yang lain, membosankan bagi sesetengah ahli, dan mungkin keputusannya mengecewakan bagi sesetengah ahli pula.

Mesyuarat merupakan satu peristiwa yang terdiri daripada manusia, kandungan dan proses untuk sesuatu tujuan. Sememangnya diakui oleh umum bahawa mesyuarat diperlukan untuk menyelaras usaha individu, berganding bahu dalam projek tertentu, menjana pelbagai idea, menjual idea, menyelesaikan masalah secara kolektif, dan memutuskan keputusan berdasarkan persetujuan ramai dan bukannya mengikut kehendak personal walaupun adakalanya melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi.